Thursday 09th of September 2010


news menu leftnews menu right

Pengenalan KARISMA

Home Profil Latar Belakang
Latar Belakang
Motto PDF Print E-mail

 "Mahasiswa Du"at Teras Kepimpinan"

 
Objektif Penubuhan PDF Print E-mail

1. Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa.

2. Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat.

3. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak.

 
Rasional Penubuhan PDF Print E-mail

 Usaha dakwah dan pengislahan di kalangan masyarakat, khususnya warga kampus sewajarnya digerakkan oleh golongan mahasiswa itu sendiri melalui penglibatan strategik di peringkat IPT, negeri dan nasional. Ini didasarkan di atas kesedaran bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang mampu menjadi anasir pembaharuan ke arah kebaikan (islah) dengan membawa mesej Islam kepada masyarakat umum dengan berkesan.

 
Sejarah Penubuhan PDF Print E-mail
KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
 
Pengenalan PDF Print E-mail

Pembukaan


"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". (Surah Hud: 88 )

 

Karisma percaya bahawa melalui sistem pendidikan (tarbawi) dan pembangunan sumber manusia yang bersifat semasa, seimbang, menyeluruh serta berterusan, segala potensi yang dimiliki mahasiswa mampu digilap dan diperkembangkan sekaligus mampu membentuk kendiri yang soleh, cemerlang pencapaian akademiknya, berkeyakinan, berkepemimpinan dan mampu menyumbang kepada masyarakat, negara dan ummah keseluruhannya.

Read more...
 


Aktiviti




Powered by Joomla!. Designed by: professional hosting domain renewal (video) Valid XHTML and CSS.