Wednesday 08th of September 2010


news menu leftnews menu right

Pengenalan KARISMA

GRUM '09 Usai Sudah... PDF Print E-mail
Article Index
GRUM '09 Usai Sudah...
GRUM '09 Usai Sudah...
All Pages

Salam Perjuangan...

Gerakkan Ummah Hebatkan Dakwah

 

Begitulah tema diberi dan diharapkan sebaik isinya, semoga semua peserta

GRUM '09 yang telah melaluinya mendapat momentum baru dan lebih teruja

untuk melakarkan rentak dan gerak kerja dakwah yang lebih kemas

tersusun serta dilihat mampu membawa perubahan yang lebih baik di lokaliti

masing-masing. Walaupun masih ada yang terasa kepenatannya..

Banyak perkongsian yang bermanafaat  - Hari Pertama 22 Mei selepas

pendaftaran, solat maghrib berjamaah dan makan malam dan ma'athurat di

Al-Amin Keramat, para peserta disajikan dengan  Bicara Kepimpinan

bersama Dr. Melasutra Md. Dali (Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains

Sosial & Ahli Majlis MBPJ) mengupas tajuk Kepimpinan : Prasyarat dan

keperluannya. Dalam pembentangan awal ditayangkan wajah-wajah pimpinan

gerakan2 dakwah, politik dan NGO. Seterusnya disusuli dengan

pembentangan bahan prasayarat kepimpinan dan cabarannya.

 

Slot seterusnya bersambung dengan ice breaking dan pembentukan

kumpulan untuk tugasan ummah (3 Kump ikhawah dan 3 kump Akhawat)

serta cabutan bahan2 tugasan ummah. Tugasan Ummah yang ditetapkan iaitu

: DDMM - Sempena Karnival Harmoni di Summit Subang Jaya ( 2 Kump : 1

ikhwah dan 1 akhawat),  Membersih Kubur berhampiran Masjid Klang Gate,

Menyantuni Remaja Taman Medan, PJ , Cakne Politik di Pejabat YB Batu 3,

Isu Palestine di Pasar Seni KL.

 

Hari Kedua, 23 Mei 2009 - Setelah penyampaian beberapa amanat oleh Hj.

Mazmi Kamal, YDP JIM Selangor yang banyak menyentuh soal HIJRAH,

sesi Pelepasan peserta dilakukan sekitar jam 09.30. Peserta memulakan

perjalanan dari LRT Jelatek ke destinasi yang ditetapkan.

 

Mengikut perancangan para peserta perlu berada di lokasi seterusnya (Bukit

Bandaraya) @ Bukit Cherakah (BC) jam 4 petang.. Namun berlaku beberapa

insiden dan cabaran yang tidak terduga menyebabkan beberapa kumpulan

yang terlewat sampai dan kumpulan terakhir sampai sekitar jam 06.30

petang dipintu masuk BC. Mereka perlu berjalan lagi ke lokasi perkhemahan

iaitu Camar Rimba. Keadaan memang tidak terduga kerana begitu ramai insan

yang mengadakan perkhemahan pada tarikh yang sama. Khemah peserta

GRUM belum didirikan lagi sesampainya ana selaku pengiring kumpulan

terakhir dan diarahkan oleh kem komandan untuk berteduh di surau BC.

 

Awal malam, 23 Mei selepas menjamu selera diikuti solat Isyak Berjamaah

dan tazkeerah kisah sahabat Usamah bin Zaid oleh Ust Arif Ahmad. Seusai

slot tersebut bermulalah sesi perkongsian tugasan ummah dengan pelbagai

cerita dan cereka yang disampaikan melalui lisan dan ppt yang mengujakan.

 

Tengah Malam, 23 Mei Slot Cekal Malam - 5 check Point yang peserta kena

lalui - Kawasan tasik, Taman Burung, Taman Haiwan, Padang Pasir, Sawah

padi dengan aktiviti2 istimewa...Mungkin peserta GRUM '09 yang melaluinya

boleh mengkisahkan pengalaman masing2....

 



 

Aktiviti




Powered by Joomla!. Designed by: professional hosting domain renewal (video) Valid XHTML and CSS.