Khamis 28.08.2008 24.8.1429
laman utama
pengenalan

KARISMA: Pengenalan

Pembukaan


إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب


"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". (Surah Hud: 88 )

Sejarah Penubuhan

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Rasional penubuhan

Usaha dakwah dan pengislahan di kalangan masyarakat, khususnya warga kampus sewajarnya digerakkan oleh golongan mahasiswa itu sendiri melalui penglibatan strategik di peringkat IPT, negeri dan nasional. Ini didasarkan di atas kesedaran bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang mampu menjadi anasir pembaharuan ke arah kebaikan (islah) dengan membawa mesej Islam kepada masyarakat umum dengan berkesan.

Objektif penubuhan

1. Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa

2. Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat

3. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak

Kenyataan visi

"Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia"

Kenyataan misi

‘Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif’

“Menggembleng tenaga mahasiswa kearah merealisasikan Fikrah Islam Dominan Alam Kampus (FIDAK) menjelang 2015”

Motto

Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan



Iklan



Galeri Foto JIM KONTARN '08


Capaian
Dari Ibu Pejabat
JIM, YADIM bertemu Persatuan Hotel Malaysia

Kuala Lumpur, 12 Mei – Satu pertemuan telah diadakan di antara pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diwakili oleh Presidennya, Hj Zaid Kamaruddin dengan Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk Mohd Ilyas dan timbalannya, Shaheen Shah Mohd Sidek di sini hari ini bagi membincangkan beberapa perkara yang menyentuh isu-isu sosial semasa.

Antara isu yang telah dibangkitkan dalam pertemuan ini ialah ...
baca lagi

Kunjungan Hormat Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

Jawatankuasa Pusat JIM telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin, 28hb April 2008, di Seksyen 16 Petaling Jaya.

Kunjungan ini merupakan kunjungan hormat ke-3 yang diadakan oleh ...
baca lagi

-->
laman utama | AJK | perhubungan | blog | muat turun | taqwim | daerah
© 2007-2008 JIMedia. Developed by imedia production. All rights reserved.
Best Experience: Mozilla Firefox 1.0 ++